Wednesday, July 14, 2010

Floria 2010

Baru-baru ni saya berkesempatan berkunjung ke Floria 2010 bertemakan 'Putrajaya Flower & Garden Festival 2010'. Dalam cuaca yang agak panas sempat juga lah merakamkan beberapa keping gambar untuk dimuatkan dalam blog nih.... Sepuluh pakar landskap terkemuka didatangkan khas dari United Kingdom, Australia, Jepun, Belanda, Serbia, New Zealand, Kanada, Indonesia dan Taiwan memperlihatkan kepakaran masing-masing untuk Festival kali ni.. Selain daripada itu terdapat juga 100 spesies bunga Heliconia yang menjadi bunga tema Floria 2010. Tapi di sebabkan cuaca yang begitu panas tak dapatlah saya nak explore banyak tempat..



Landskap Dari Negeri Kedah



Antara gubahan bunga yg didatangkan khas dari Taiwan

Bunga Heliconia

Yang ni pula susunan sayur-sayuran... menarik kan...



Garden of Splendour dari School & Universiti Program



Bunga kekwa.....emm cantik betul...









Bunga kekwa lagi

Susunan bunga orkid dan bunga tahi ayam...

Antara rekaan sayur-sayuran dan bunga-bungaan dari beberapa buah negara.



No comments:

Post a Comment