Followers

Selamat Datang Ke BLog Indahkraft

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Terima Kasih di ucapkan kepada pelanggan dan juga pengunjung blog Indahkraf. Pada masa ini indahkraft beroperasi di rumah sahaja iaitu di Puchong, Selangor. Indahkraft menawarkan perkhidmatan menggubah hantaran, menyewa beberapa peralatan hantaran antaranya bekas hantaran, alas dulang dan juga dulang pahar. Kepada anda yang berminat untuk menempah atau menyewa boleh lah menghubungi saya, nombor telefon dan email yang tertera di sidebar sebelah kiri atau mengisi borang tempahan yang terletak dibahagian bawah blog. Sebarang komen membina daripada anda amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu dan juga kualiti perkhidmatan di Indahkraft.

Friday, June 28, 2013

Gubahan Hantaran - Majalah Pesona Pengantin Jun 2013

Assalamualaikum semua,

Ingat lagi tak? hari tu saya ada cerita sikit pasal photoshoot dengan Majalah Pesona Pengantin. Dah bersarang tak update. Nak buat macam mana tuan rumah sibuk. Ok lah, satu set saya gubah guna bunga dip dan satu lagi saya guna bunga hidup (bunga eustoma) colour purple dan sedikit bunga kekwa kecik kecik colour hijau. Hantaran bunga hidup ni Iqa yg tolong..terima kasih bnyak2 yer Iqa.


Yang ni pulak siapa lagi yg buat tuan rumah lerrr...sampai pukul 3 pagi tau nak siapkan bunga dip ni. Khas untuk Majalah Pesona Pengantin. Masa photoshoot ni kami kena pergi studio Karangkraf, sebab tak cukup photographer. Terpegun jugaklah sebab masa photoshoot tu dijalankan bilik tu gelap jer..sekali tengok gambar kt magazine, superb...ye lah profesional yg ambil gambar kan. Cuba saya yg ambil gambar, confirm malap (gelap gelita). Thanks Ain (Karangkraf), lepas ni ada lagi yg bakal keluar...tunggu tau..


Thursday, June 27, 2013

Bunga Telur Tisu

Assalamualaikum semua, 
Baru-baru ni tetiba rajin pulak godek2 thumb drive ni, jumpa lah pulak gambar bunga telur yang ditempah oleh Ida dari Putra Heights. Ada lah 2 keping gambar ni masih lagi dalam simpanan. Banyak lagi yg Ida tempah, semua sekali 950 pcs, colourful lagi tau..actually Ida tempah 1000 pcs, masa tu saya sarat sgt, tapi ambil juga tempahan, degil betul lah saya ni kan? nasib baik ada kawan-kawan yang rajin membantu siapkan bunga telur ni, kalau tak...tak tahu lah ..bukan kata terduduk, terbaring pun belum tentu siap.


Barang-barang untuk buat bunga telur ni Ida sendiri yg bagi, saya & rakan2 tolong buat jer...gambar tak banyak sbb tak sempat nak ambil gambar. Bunga telur tak siap lagi..tup-tup aghhh..dh nak keluar baby...yeah...alhamdulillah, selamat semuanya..tapi dalam kepala tuhan jer yang tahu..alamak bunga telur tak siap lagi..keluar jer dari Hospital, rehat jap sehari kt rumah, esoknya sambung balik buat bunga telur..macam mana nak ambil gambar, bukan boleh lasak sgt..dalam pantang lah katakan.



Kita sambung next entry k..bye..

Sunday, April 21, 2013

Hantaran Pink - Affendy (Subang Jaya)

Assalamualaikum semua....di bawah ni saya upload gambar hantaran yang ditempah oleh Affendy dari Subang Jaya. Rasanya sekarang ni ramai betul yang tempah hantaran colour pink. Tapi tak apa sweet jer colour tu kan? sesuailah pemberian dari si teruna untuk si gadis...ewah..ewah...Ok jom kita layan gambar hantaran ni.







Sunday, April 7, 2013

Bunga Dip Pink, Purple & Cream

Salam, hari ni saya upload gambar bunga dulang Dip utk Photoshoot Majalah Pesona Pengantin. Sebelum ni Photoshoot dilakukan di rumah jer. Kali ni kami dikendaki dtg ke studio Karangkraft utk sesi pengambaran. Nasib baik dh biasa pusing2 kt Shah Alam, so ok lah..x lah susah sgt nk cari walaupun tersasar ke simpang lain. Saya bawak anak buah (Iqa) sekali, manalah tahu kut sesat ke..adalah orang teman..kali ni Iqa jadi assistant saya..Gubahan yg guna fresh flowers tu Iqa yg tolong susunkan bunganyer..hehe.. bangga Iqa first time buat hantaran dh masuk majalah.. tqvm Iqa..lain kali boleh tolong lagi yer...Gambar gubahan hataran tu lambat sikit lah saya upload..tunggu..
 

Friday, March 29, 2013

Bunga Dip Ros Pink - Faiznoor dari Melaka

Hari ni rajin sikit nak upload gambar.. hehe...Bunga dulang ros ni di tempah oleh Faiznoor dari Melaka. Masa nak siapkan bunga dip ni anak saya admitted. Nasib baik husband ambil single room, boleh lah saya buat sikit bunga dip ni kt Hospital, balik rumah tinggal celop jer. Adalah staff nurse tu tanya kat saya "akak buat apa ni?" Saya jawab pulak "akak ada keje sikit nak buat" malas nk cerita panjang2, staff nurse tu pun malas nk tanya banyak2...selamat akak....Fuhh dlm terkejar2 tu akhirnyer siap juga bunga saya ni.  Hari selasa minggu depannyer saya pos..alhamdulillah selamat sampai. Thanks Faiznoor.



Thursday, March 28, 2013

Hantaran Biru - Majlis perkahwinan Zali

Salam semua...ari ni saya upload hantaran dari Zali utk majlis perkahwinannya baru2 ni. Sebelum ni banyak yg tempah hantaran menggunakan artificial flowers, so kali ni kakak Zali minta saya gubahkan hantaran utk Zali ni menggunakan fresh flowers. Tema...erm...biru + putih + light pink sikit. Hantaran ni saya menggunakan bunga kekwa biru + putih dan sedikit bunga eustoma pink. Itu pun nasib baik ada bunga eustoma pink ni, tak banyak pun yg tinggal, plan nk guna lebih sikit bunga eustoma nih, pegi jer kedai bunga tu stok bunga banyak dah habis. Terkejut beruk bila tengok dalam gudang sejuk tu kosong x banyak bunga yg tinggal. Kata adik yg keje kt situ "malam ni kak, stok bunga baru sampai"..eh tak sempat, sbb rumah jauh, pas tu anak saya pulak tak sihat....frust gak..tak pe lah tukar bunga kekwa jer. Macam mana pun hantaran kena siapkan nnti Zali nk dtg ambil. Harga? hehe.. ikut bajet dan permintaan. Tahniah utk Zali dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Jom kita layan gambar kt bawah ni...




Monday, March 25, 2013

Aqiqah Safiyya Zara

Salam semua...kali ni saya upload door gift utk majlis Aqiqah anak saya Safiyya Zara. Door gift yg simple jer...buat sendiri, jimat sikit kan..Time ni banyak terima tempahan jadi sibuk nk siapkan tempahan org lain, maka kelam kabut lah saya nk siapkan utk majlis sendiri, biasa lah tu...
 
Teringat pulak saya masa kecik2 dulu, mak saya ni ambil upah jahit baju, bila hari raya jer, bukan main banyak tempahan, utk diri sendiri last minute baru nk jahit...baju kita org adik beradik ni pagi raya baru siap.. kesian mak terpaksa bersengkang mata, nk siapkan semua baju2 tu. Alhamdulillah kita org adik beradik faham & tak kisah pun janji ada baju yg nk dipakai dipagi raya. Apa2 pun terima kasih buat mak...^_^
 
Proses membuat bunga telur dip purple.
Yang ada gambar anak saya tu..chocolate bar..harga RM1.50 satu..kalau nk tempah boleh email/sms saya.