Wednesday, March 7, 2012

Hantaran Hijau Putih

Salam, ini lah hantaran yg ditempah oleh Aida. Aida minta saya gubah hantaran utk 2 belah pihak. Tema ni dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki saya akan upload kemudian yer..


Ni hantaran coklat

Ni mcm biasalah Handbag

Apa lah bendanyer ni kan...ni sebenarnya Cheque Holder..sorry cheque nyer tak de..

Ni pulak hantaran Al-quran & Telekung

Yg ni pulak merupakan Barangan peribadi..

Yg bergulung besar kt belakang tu sejadah, manakala yg kt depan tu kain utk buat baju..

Ni pulak Alat Makeup

Mas kahwin

Ni pulak bekas cincin & dirham

Ni lah dia tepak sireh, bunga ros tu masih lagi bersarung. Nk ambil lambat lagi takut bunganyer cepat kembang..

Habis dah dari pihak lelaki..tunggu sambungan hantaran dari pihak perempuan pulak yer...

Sunday, February 26, 2012

Hantaran Pink, Purple, Blue & White

Salam, ok kali ni nk upload gambar hantaran yg ditempah oleh Farhan. First time buat combination 4 colours ni. Adik Farhan ni minta saya masukkan kesemua 4 colours tapi semua bunga2 mestilah pastel colours...emmm sweet je kan?










Thursday, January 26, 2012

Door gift - Majalah Wanita (Januari 2012)

Alhamdulillah, dh keluarpun dalam majalah wanita. Ini lah antara hasil kerja tangan indahkraft yg telah dimuatkan dalam majalah wanita keluaran Januari 2012. Bagi kilauan salju dan kilauan abadi saya menggunakan dekorasi bunga dip - door gift ni sesuai diberikan kepada tetamu-tetamu VIP memandangkan kos nya juga agak mahal. Bagi sentuhan klasik saya menggunakan Bunga hiasan kecil dan beberapa aksesori tambahan, sesuai diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut.




Saturday, December 3, 2011

Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)

Rumahtangga yang aman perlulah dilengkapi dengan kediaman yang selamat dan serlahkan Api Cinta Anda dengan mendapatkan Alat Pemadam Api untuk Pasangan dan Rumah Anda!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Fire Extinguisher sila hubungi En. Md Nazri seperti no. phone & email yang tertera di bawah....





Saturday, November 26, 2011

Majalah Wanita

Baru-baru ni Indahkraft telah menjalani photoshoot bersama Majalah Wanita..Ini lah hasilnya..Beberapa koleksi gambar gubahan hantaran Indahkraft telah dimuatkan dalam Majalah Wanita bagi keluaran December 2011...^_^


Bantal Hantaran

Bantal hantaran yg telah ditempah oleh Shima, Fatihah dan Lina..tqvm to all of you



Monday, November 14, 2011

Rancangan "Apa Kata Wanita" TV1

Indahkraft kini ke udara dalam rancangan yang dikelolakan oleh Zamzarina "Apa Kata Wanita" TV1 utk slot 'Bekerja di rumah'..pada hari ahad...Di sebabkan sibuk nk menyiapkan tempahan bantal hantaran terlupa pula saya nk update blog ni..rancangan ni dah ke udara hari ahad lepas..tapi ada siaran ulangan pada hari jumaat ptg 18/11/2011..