Sunday, November 21, 2010

Friday, October 15, 2010

Bunga Telur / bunga pahar

Homemade bunga telur, kesemua koleksi di bawah menggunakan stokin. Jika anda ingin menempah bunga telur ni...setiap tempahan hendaklah dibuat sebulan awal dan minimum order sebanyak 30 pcs.






Wednesday, September 22, 2010

Hantaran Biru Putih (Hadi)

Tahniah buat Hadi dan pasangan, dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan. Harap2 Hadi berpuas hati dengan gubahan ni...



Bakul buah

Tempat cincin

Bekas coklat

Hantaran telekung

Hantaran tower & set perfume

Tuesday, September 21, 2010

Hantaran Meroon Silver

Hantaran coklat yang ditempah oleh Suraya. Terima kasih banyak2 harap Suraya berpuas hati dgn hantaran nih...


Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran

Rasanya belum terlambat lagi kan.. nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri / Salam lebaran buat semua rakan2 dan pengunjung blog Indahkraft, ampun dan maaf juga dipinta atas apa jua kekurangan yang ada dan semoga Syawal kali ini membawa seribu makna dan keberkatan untuk kita semua.

Saturday, September 18, 2010

Nasi ambang

Nasi ambang memang sinonim dalam masyarakat jawa. Nasi ambang biasanya disajikan bersama lauk ayam, serunding kelapa, mee goreng, ikan masin bulu ayam, sayur jawa dan ulam-ulaman. Kalau di kampung2 semasa majlis kenduri dapat lah rasa nasi ambang nih...tapi kat bandar nih, dah banyak dah org jual nasi ambang, mungkin cara penyediaan yg berbeza-beza. Nak lagi sedap bila makan ramai2, org kata kalau makan berebut tu yang paling nikmat..ye ker? Macam nasi lemak kalau dibungkus menggunakan daun pisang memang sedap...tengok jer dah terliur nak makan (masa perut berkerongcong hehe..) samalah dengan nasi ambang kalau dibungkus dgn daun pisang aroma nyer ...sungguh menyelerakan....

Nasi ambang dah siap untuk disajikan pada tetamu

Nasi ambang ni biasanya dihidang menggunakan dulang bulat (kat kg guna dulang ayan..teringat lak masa kecik2 dulu, ramai org menggunakan pinggan, mangkuk, cawan dan dulang ayan, dan sekarang ni yg masih kekal dulang jer kot...) dan setiap satu dulang tu dlm 4 org makan.

Cara penyediaan nasi ambang....


Nasi ambang yg siap dibungkus

Wednesday, August 4, 2010

Salam Ramadhan buat Semua....


Assalamualaikum....dikesempatan ini saya di Indahkraft ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua rakan2 dan pengunjung2 blog Indahkraft. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua...insyaallah...

Sabda Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala Syaitan"


Daripada Anas (r.a), katanya, Nabi(s.a.w) bersabda : "Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini"