
Wednesday, September 22, 2010
Hantaran Biru Putih (Hadi)
Tahniah buat Hadi dan pasangan, dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan. Harap2 Hadi berpuas hati dengan gubahan ni...


Tuesday, September 21, 2010
Hantaran Meroon Silver
Monday, September 20, 2010
Salam Lebaran
Saturday, September 18, 2010
Nasi ambang
Nasi ambang memang sinonim dalam masyarakat jawa. Nasi ambang biasanya disajikan bersama lauk ayam, serunding kelapa, mee goreng, ikan masin bulu ayam, sayur jawa dan ulam-ulaman. Kalau di kampung2 semasa majlis kenduri dapat lah rasa nasi ambang nih...tapi kat bandar nih, dah banyak dah org jual nasi ambang, mungkin cara penyediaan yg berbeza-beza. Nak lagi sedap bila makan ramai2, org kata kalau makan berebut tu yang paling nikmat..ye ker? Macam nasi lemak kalau dibungkus menggunakan daun pisang memang sedap...tengok jer dah terliur nak makan (masa perut berkerongcong hehe..) samalah dengan nasi ambang kalau dibungkus dgn daun pisang aroma nyer ...sungguh menyelerakan....
Nasi ambang ni biasanya dihidang menggunakan dulang bulat (kat kg guna dulang ayan..teringat lak masa kecik2 dulu, ramai org menggunakan pinggan, mangkuk, cawan dan dulang ayan, dan sekarang ni yg masih kekal dulang jer kot...) dan setiap satu dulang tu dlm 4 org makan.

Nasi ambang ni biasanya dihidang menggunakan dulang bulat (kat kg guna dulang ayan..teringat lak masa kecik2 dulu, ramai org menggunakan pinggan, mangkuk, cawan dan dulang ayan, dan sekarang ni yg masih kekal dulang jer kot...) dan setiap satu dulang tu dlm 4 org makan.
Wednesday, August 4, 2010
Salam Ramadhan buat Semua....

Assalamualaikum....dikesempatan ini saya di Indahkraft ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua rakan2 dan pengunjung2 blog Indahkraft. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua...insyaallah...
Sabda Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala Syaitan"

Daripada Anas (r.a), katanya, Nabi(s.a.w) bersabda : "Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini"
Saturday, July 24, 2010
Coklat
Jom borong coklat.....kepada anda yang mungkin tercari-cari coklat yang sesuai untuk dijadikan pemberian tak kira apa jua event/occasion atau mungkin untuk dimuatkan di dalam hantaran. Terdapat pelbagai pilihan coklat yang menarik dan enak rasanya.
Praline Premium berbagai bentuk dengan isian badam. Diperbuat dari corverture/Premium chocolate 500 gram (anggaran 36-45 pcs) -
Praline berbentuk hati dibungkus dengan aluminum foil berwarna merah. Berat 500 gram per pack (anggaran 65 pieces) - RM 40.00
RM 40.00
Praline pelbagai bentuk yang dihiasi dgn pelbagai corak menarik. Coklat ini diperbuat dari Compound Chocolate dan tidak mengandungi sebarang isian di dalamnya 500 gram /pack (anggaran 38 - 45 pcs) - RM 45.00
White chocolate yang diperbuat daripada compound chocolate. Mempunyai pelbagai bentuk. Terdapat isian peanut butter di dalamnya. 500 gram (anggaran 36 - 45 pcs) - RM 35.00
Milk Praline yang diperbuat dari Compound Chocolate. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan isian badam, strawberry, blueberry dan orange. 500 gram (anggaran 36 - 45 pcs) - RM 35.00
Almond Square. Gabungan istimewa kerangupan badam dan bertih jagung di dalam coklat.
400 gram (50 pcs per pack) - RM 28.00

400 gram (50 pcs per pack) - RM 28.00
Friday, July 23, 2010
Hantaran Biru
Hantaran yang ditempah last minute...nasib baik ada perkakasnya....apa2 pun terima kasih Mimie kerana sudi menempah hantaran buat kali kedua....Harap Mimie berpuas hati dengan hasil hantaran last minute ni hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)








