Wednesday, December 1, 2010

Gubahan Hantaran Pink & Grey

Hantaran yang ditempah oleh Roza. Congrats buat roza & pasangan...semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar hendaknya. Actually suka sgt dgn combination pink & grey. Tapi grey flowers susah nak dpt...kalau ada pun x nampak real..harap roza berpuas hati dgn hantaran ni yer...


Hantaran potpuri / bunga rampai



Hantaran Wallet & Belt

Hantaran Chocolate. Chocolate ni tempah dgn Shila..thanx Shila...rupa nyer ada banyak lagi chocolate yg Shila buat boleh dijadikan hantaran...cantik sume nyer...


Hantaran Baju & Seluar



Hantaran Sejadah & Kain


Hantaran Al-quran


Hantaran Kasut



Sunday, November 21, 2010

Friday, October 15, 2010

Bunga Telur / bunga pahar

Homemade bunga telur, kesemua koleksi di bawah menggunakan stokin. Jika anda ingin menempah bunga telur ni...setiap tempahan hendaklah dibuat sebulan awal dan minimum order sebanyak 30 pcs.






Wednesday, September 22, 2010

Hantaran Biru Putih (Hadi)

Tahniah buat Hadi dan pasangan, dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan. Harap2 Hadi berpuas hati dengan gubahan ni...



Bakul buah

Tempat cincin

Bekas coklat

Hantaran telekung

Hantaran tower & set perfume

Tuesday, September 21, 2010

Hantaran Meroon Silver

Hantaran coklat yang ditempah oleh Suraya. Terima kasih banyak2 harap Suraya berpuas hati dgn hantaran nih...


Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran

Rasanya belum terlambat lagi kan.. nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri / Salam lebaran buat semua rakan2 dan pengunjung blog Indahkraft, ampun dan maaf juga dipinta atas apa jua kekurangan yang ada dan semoga Syawal kali ini membawa seribu makna dan keberkatan untuk kita semua.

Saturday, September 18, 2010

Nasi ambang

Nasi ambang memang sinonim dalam masyarakat jawa. Nasi ambang biasanya disajikan bersama lauk ayam, serunding kelapa, mee goreng, ikan masin bulu ayam, sayur jawa dan ulam-ulaman. Kalau di kampung2 semasa majlis kenduri dapat lah rasa nasi ambang nih...tapi kat bandar nih, dah banyak dah org jual nasi ambang, mungkin cara penyediaan yg berbeza-beza. Nak lagi sedap bila makan ramai2, org kata kalau makan berebut tu yang paling nikmat..ye ker? Macam nasi lemak kalau dibungkus menggunakan daun pisang memang sedap...tengok jer dah terliur nak makan (masa perut berkerongcong hehe..) samalah dengan nasi ambang kalau dibungkus dgn daun pisang aroma nyer ...sungguh menyelerakan....

Nasi ambang dah siap untuk disajikan pada tetamu

Nasi ambang ni biasanya dihidang menggunakan dulang bulat (kat kg guna dulang ayan..teringat lak masa kecik2 dulu, ramai org menggunakan pinggan, mangkuk, cawan dan dulang ayan, dan sekarang ni yg masih kekal dulang jer kot...) dan setiap satu dulang tu dlm 4 org makan.

Cara penyediaan nasi ambang....


Nasi ambang yg siap dibungkus